Kitaran hidup



Ha... Kenal tak dengan gambar di atas ni? Kadang-kadang kitaran hidup kita sama seperti kitaran hidup robot di atas... Tak faham? Takpe... di sini ada satu cerita nak diceritakan untuk memahamkan kenyataan tadi:

Pada suatu ketika di zaman robot sudah banyak di dunia, terdapat seorang engineer robot yang ingin mencipta satu robot yang paling power sekali di dunia. Dia membayangkan akan membuat satu robot yang boleh menandingi kehebatan robot Asimo yang bercap HONDA yang mampu menari-nari mengikut rentak muzik.

Maka dibuatlah robot itu seteliti mungkin, dengan sekecil-keci sel hinggalah sebesar-besar organ-organ robot itu dibuat sangatlah teliti. Setelah selesai bahagian pembuatan robot itu, kini tibalah masa untuk robot itu dprogramkan. Inilah antara program yang dibuat ke dalam cpu robot itu.

Nama: MAN-u-SIA LayCar
Kerja: 1.
Cucuk plag 3 in 13 Amp di suis-suis untuk Makan Letrik
2.
If 1 is accomplished: Pusing-pusing bazirkan letrik untuk cari suis untuk cucuk plag
3.
Ulang 1 dan 2 sampai mati

Maka MAN-u-SIA LayCar itu pun menjalankan kerja yang diprogramkan dalam otaknya itu. Cucuk, jalan, cucuk, jalan, cucuk, jalan. Cucuk untuk charge bateri dan jalan untuk cari tempat lain untuk charge balik. Begitulah kehidupan robot itu untuk 64 tahun, 8 bulan, 16 hari, 13 jam, 35 minit, dan 43 saat. Pada saat yang berikutnya, wayar-wayar dalam badan robot MAN-u-SIA LayCar pun rosak akibat penggunaan yang berterusan tanpa menservisnya selalu.

Maka tamatlah riwayat MAN-u-SIA LayCar tanpa menyumbang apa pun untuk kemaslahatan sejagat. Dia juga gagal untuk mengalahkan Asimo yang mampu menari-nari mengikut rentak muzik.

So, apa pengajaran daripada cerita ini?

"Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Surah Al-Mukminun:115)

Jadi, adakah kita mahu menjadi seperti robot di atas, yang hidupnya hanya bermatlamatkan "mengenyangkan perut agar boleh dapat tenaga, dari tenaga boleh pergi kerja, dah kerja dapat gaji, dapat gaji beli beras kenyangkan perut agar dapat tenaga untuk pergi kerja."

Jika hidup ini satu kitaran, maka keluarlah anda dari kitaran bodoh ini, agar tidak menjadi orang yang rugi di hadapan Allah kerana sudah pastilah tujuan kita diciptakan bukanlah untuk mengenyangkan perut, dan dengan perut yang kenyang untuk mencari kerja , kerja sampai perut lapar dan dapat duit kerja tadi kenyangkan balik perut. Bukan ini tujuan Allah menciptakan kita di dunia yang sementara ini..

Maka, fikir-fikirkanlah..

Rahmat Ujian


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Salah satu lagu kegemaranku, menyedarkanku bahawa setiap ujian yang Allah datangkan kepada kita adalah untuk menguji tahap keimanan kita... Dan itulah tandanya Allah sangat menyayangi kita, kerana Allah tidak mahu hambanya terus menerus lalai, alpa dan leka seperti mana Allah telah berfirman dalam surah Al-'Ankabut, ayat 2 & 3 yang bermaksud:

29:2 Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman, dan mereka tidak diuji?
29:3 Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar, dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.

Learning, studying...


We

to
learn!


Let's
LEARN
for the
sake
of
Allah!




Peringatan untuk diri ini...


Kita tidak meminta amanah dan tanggungjawab ini
Tetapi selagi mana kita bergelar manusia
Kita tidak dapat lari dari taklifan Allah ini
Sebagaimana firman Allah yang berbunyi:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya"

Amanah ini mesti dilaksanakan
Kerana ia akan dipersoal dihadapanNya kelak
Laksanakanlah sebaik mungkin
Kerana Allah tidak bertanya
Adakah kita telah berjaya melaksanakannya
Tetapi apa yang ditanya ialah
Setakat mana kita telah berusaha untuk
merealisasikannya


Terima kasih, kak...


Pesanan dari kakak...

Jagalah masa dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Sesungguhnya masa lebih berharga daripada emas. Masa itu ibarat nyawa. Masa yang diberikan kepada kita di dunia ini tak lain hanyalah akan menjadi dua perkara kepada kita kelak. Sama ada menjadi beban atau pun bukti di hadapan Allah. Maka pilihlah.. Pilihlah dengan apa untuk kita habiskan masa kita di dunia ini, pilihlah sama ada kita mahu memikul beban kerana masa yang kita biarkan berlalu tanpa sebarang manfaat kepada diri dan orang-orang sekeliling atau bukti kepada Allah bahawa kita talah berusaha di sini, di medan kita.

Jangan takut untuk melangkah. Sekiranya kita terlalu takut kerana memikirkan jatuh, maka kita sebenarnya sudah pun jatuh. Jatuh yang tak bermaruah. Tetapi, bangkit dan bermulalah. Bermulalah dengan penuh semangat dan berani, kerana kita adalah apa yang kita fikirkan. Bangun dan melangkahlah dengan bermaruah, maruah seorang yang merdeka. Untuk yang sudah bermula, teruskan perjuangan. Kepada yang masih mencari, marilah bersama, kita mengorak langkah ke arah sana. Ke arah mencari redha Allah. InsyaAllah.

Salam penuh hormat,
Kakak awak lah!!!

Ramadhan, permulaannya adalah rahmat..



Agar puasa anda tidak sekadar lapar dan dahaga:

"Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Puasa adalah perisai (memelihara daripada akhlak yang buruk). Apabila seseorang itu berpuasa, maka janganlah dia mengeluarkan kata-kata yang tidak elok atau kesat. Jika ada orang memakinya atau mahu membunuhnya, maka katakanlah kepadanya: Sesungguhnya aku berpuasa, sesungguhnya aku berpuasa."


Followers