Belum bersedia?


Tiba-tiba diri ini terasa sangatlah malu. Diri ini masih belum bersedia untuk ke tangga itu. Sikapku, pemikiranku masih belum bersedia untuk menghadapi keadaan itu. Nak dibayangkan pun takut. Sesungguhnya, banyak lagi aku perlu baiki, perlu belajar. Kadang kala kita merasakan bahawa cara ini adalah cara terbaik untuk menangani masalah tersebut, tetapi perancangan Allah, hanya Dia yang tahu. Sungguh, selagi kita tak dapat melepasi ujian tersebut, selagi itulah kita akan mengalami masalah yang sama sehinggalah kita dapat melepasi ujian tersebut. Ya, ini adalah tarbiyah dariNya. Dahulunya, aku benar-benar termotivasi dengan satu kata-kata, antara isinya,

Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah. Tetapi, epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak pokok. Susah dipetik, susah digapai. Kadang-kadang epal itu risau, "Kenapalah diriku belum dipetik?" Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah bumi. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja bisa memperolehinya. Mungkin bukan di dunia, tapi di akhirat. Tak semestinya dipetik di taman dunia bukan? Tapi lebih bermakna apabila Allah sendiri yang mengarahkan hamba yang disayangiNya utk memetik di taman akhirat kelak.

Kemudian, dengan bersemangatnya, kuceritakan pada yang lain agar mereka dapat merasai apa yang aku rasa. Dan banyak kali aku teruji atas apa yang aku katakan, dan ini juga tarbiyah dari Allah jua yang menuntut agar kita melakukan apa yang yang kita perkatakan. So, back to the basic, muhasabah balik, bagaimana hubungan cinta kita dengan Allah? Dialah yang tanpa jemu mendengar segala rintihan kita, rayuan kita, doa kita.. tapi, kita seringkali lupa padaNya apabila berada dalam keadaan senang, dan hanya mencari Dia ketika waktu susah sahaja.. Itulah dia sifat tak kenang budi seorang manusia, sifat tidak bersyukurnya seorang manusia.. Allahlah tempat mengadu kita sama ada pada waktu senang ataupun susah. Jadikanlah Allah sebagai prioriti kita, tujuan (ghoyah) kita, mengatasi segala-galanya.

Rentetan Hidup



Followers