Belum bersedia?


Tiba-tiba diri ini terasa sangatlah malu. Diri ini masih belum bersedia untuk ke tangga itu. Sikapku, pemikiranku masih belum bersedia untuk menghadapi keadaan itu. Nak dibayangkan pun takut. Sesungguhnya, banyak lagi aku perlu baiki, perlu belajar. Kadang kala kita merasakan bahawa cara ini adalah cara terbaik untuk menangani masalah tersebut, tetapi perancangan Allah, hanya Dia yang tahu. Sungguh, selagi kita tak dapat melepasi ujian tersebut, selagi itulah kita akan mengalami masalah yang sama sehinggalah kita dapat melepasi ujian tersebut. Ya, ini adalah tarbiyah dariNya. Dahulunya, aku benar-benar termotivasi dengan satu kata-kata, antara isinya,

Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah. Tetapi, epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak pokok. Susah dipetik, susah digapai. Kadang-kadang epal itu risau, "Kenapalah diriku belum dipetik?" Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah bumi. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja bisa memperolehinya. Mungkin bukan di dunia, tapi di akhirat. Tak semestinya dipetik di taman dunia bukan? Tapi lebih bermakna apabila Allah sendiri yang mengarahkan hamba yang disayangiNya utk memetik di taman akhirat kelak.

Kemudian, dengan bersemangatnya, kuceritakan pada yang lain agar mereka dapat merasai apa yang aku rasa. Dan banyak kali aku teruji atas apa yang aku katakan, dan ini juga tarbiyah dari Allah jua yang menuntut agar kita melakukan apa yang yang kita perkatakan. So, back to the basic, muhasabah balik, bagaimana hubungan cinta kita dengan Allah? Dialah yang tanpa jemu mendengar segala rintihan kita, rayuan kita, doa kita.. tapi, kita seringkali lupa padaNya apabila berada dalam keadaan senang, dan hanya mencari Dia ketika waktu susah sahaja.. Itulah dia sifat tak kenang budi seorang manusia, sifat tidak bersyukurnya seorang manusia.. Allahlah tempat mengadu kita sama ada pada waktu senang ataupun susah. Jadikanlah Allah sebagai prioriti kita, tujuan (ghoyah) kita, mengatasi segala-galanya.

11 comments:

salam akak.. ap kbr? semoga tabah menghadapi ujian dari Allah.. wah.. tangga ap tu? BM ker? huhuhu..

ok what?!

=P

Alhamdulillah saya dah habes baca buku yg akak kata sesuai utk saya tu.. huhu PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL. dan.. tepat skali! buku tu memag sesuai utk saya juga teman2 yg lain.. ramai kawan2 nk pinjam buku tu.. dan yg dah baca buku tu.. semua kasi respon yg baik.. Alhamdulillah sangt2 membantu.

hmm, yup! kita kena sentiasa jaga hubungan cinta kita dgn Allah. =)

Saya masih ingat cerita epal yg akak cerita kat saya.. sampai kat hati. hehhehe..

thanx akak.

post akak yg nie sangat memnbantu saya jugak sebenarnya.. huhuu =)

thanks kak! luv u!..

x kesah la kalau akak x rindu saya.. tapi, saya nak kasi tau akak yg saya sebenarnya sangt2 rindukan akak..

Miss u k.sal !!!

 

salam ziarah...

salam Ramadhan...

saye aziani..kita baru jumpe kat al-Fateh jumaat lepas...

dapat link ni dr hanisah..(^_^)

 

~Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu pilihan-Nya, Tak ada yang lebih baik dari pilihan Allah, Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, Melainkan pada jalan yang kau pilih~

 

assalamualaikum sal...
sekadar bertanya.. ni salsabil yang prnah sekolah kat SRI ABIM seremban dlo ker??? kalo yer, ni khalidah... harap dapat contact sal...
*maaf kalo tersalah org...

-khalidah-
khalidah_kmn@yahoo.com

 

To siti: akak pun rindu gak dengan hang.. dah beberapa minggu tak jumpa.. so, jangan nakal2 lagi ye..

To aziani: hehe.. terjumpa jugak blog akak ni ye.. rasa segan pun ada.. hehe..

To naz: jazakillah naz.. rasa terharu sgt.. hampir mengalirkan air mata.. huhu..

To khalidah:
Wa.. khalidah.. rindunya dgn kamu.. ni sal sri abim la ni.. rindunye.. apa khabar sekarang? macam mana boleh terjumpa blog ni? huhu..

 

lupa lak, khalidah, ni email kita:
salsabil_3001@yahoo.com.my

 

salam kak...
lame tak dnga kbr.

agak2 ingat ana lagi x?
heh

 

wslam fifah. Ni fifah al-amin kan? akak masih ingat lagi.. =) fifah study kat mana skrg ni?

 

Takdir kita telah ditentukan
Tapi kita tetap kena terus berusaha

Rezeki kita telah ditentukan
Tapi kita tetap kena terus mencarinya
Kerja siang malam
Agar dapat bagi makan keluarga

Dalam dakwah juga begitu
Kita yakin akhirnya, bukan kita yang mentarbiyyah jaringan kita, tetapi Allahlah yang mengaturkannya
Bukan kita yang beri hidayah pada mereka
Itu semua kehendak ALlah
Namun kita tetap kena terus usaha

Ajal maut?
Kalau sakit berubatlah
Walau hidup mati telah ditetapkan, namun kita kena terus hidup
Tanda syukur atas pemberianNya ke atas kita (Ibrahim:7)

Soal jodoh juga begitu
Berusahalah ke arahnya andai rasa sudah bersedia
Jangan menunggu berombaknya tasik, jika tinggal puncak gunung.

~Perkongsian untuk semua

 

assalamualaikum ,,ukhti..

salsabil? yang dtg masjid klia dengan ain..jumpe akhowat russia ke?
afwan ana xsure.tapi kalau ye.. ni aiza russia,ingat?yang selalu menyebok di Fateh di hari2 terakhirnya di msia.huhu

salam perjuangan sis
moga bertemu lg. Kalau tidak di dunia..moga2 di jannah ye.doakan semua iAllah

p/s: comel sgt blog ni

 

wslm diha.. sal ingatlah enti..takkan tak ingat pula.. hehe.. diha rusia kan? kangen sama enti dan akhawat rusia yang lain.. selamat berjuang ukhtiku.. doa kami sentiasa bersama kalian..

 

Followers