"Mereka mencalonkan dirimu untuk mengerjakan suatu perkara, seandainya kau memahaminya, maka jagalah dirimu dari hal-hal yang hina." As-Syahid Hassan Al Banna
Astaghfirullah, alhamdulillah, allahu akbar.. Bersyukurku padaMu ya Allah Kau telah tunjukkanku jalan pencerahan ini.. Jalan yang membebaskan aku daripada sifat dengki, Yang membebaskan aku daripada rasa gelisah tak tentu arah Yang membebaskan aku dari rasa tamak dan kecewa yang berlebihan
Kerana aku dahulunya Adalah seorang nak sahaja menang dalam apa yang aku impikan Adalah seorang yang jarang bertolak ansur dengan orang lain Adalah seorang yang suka memencilkan diri daripada khayalak ramai (privacylah konon) Adalah seorang yang selalu gelisah melampau2 Apabila tiada kekasih di sisi Apabila keputusan dalam kehidupan tak seperti yang diimpi Apabila kerja yang besar belum lagi dicapai Apabila duit yang banyak belum lagi diperoleh Akan menyebabkan aku banyak berfikir Sampai kepala pun pening dan sakit Yang akhirnya menyebabkan aku migrain
Sedihnya aku Apabila berjumpa dengan sahabat lama Yang pemikirannya Seolah2nya, kerja yang best itu adalah matlamat hidupnya Katanya, kalau boleh nak kerja yang dapat banyak duit So, bolehlah rileks2 bila dah tua nanti
Malunya aku Aku seolah2 melihat diriku yang dulu Itulah pemikiranku yang dahulu Mahukan kerja yang gah, hebat Untuk kepuasan hidup Berkiblatkan duit, kerja dan perkahwinan Tapi selepas itu tak tahu nak buat apa Tujuan hidup kita sekadar itu sahajakah?
Seorang sahabat yang hebat disebut2 Hebat dalam pelajaran, semestinya Semua kagum dengannya Yang selalu menjadi sainganku sejak sekolah lagi Namun, aku kerap kali ditinggalkan di belakang Diriku selalu dibandingkan dengan dirinya Yang menyebabkan aku rasa tak puas hati Dan terkial2 nak cari kelebihanku yang lain Agar aku juga dipandang tinggi
Namun, setelah mendapat pencerahan Aku mendapat tahu Dahulunya aku leka bermain lumpur jahiliyyah Betapa jahilnya aku dulu Kurang sekali aku bersyukur padaMu Aku sering kali lupa Bahawa betapa adilnya Allah Allah tidak melihat pada kepandaian Allah tidak melihat pada kecantikan Allah tidak melihat pada kekayaan Allah tidak melihat pada jawatan2 yang best Tapi, Allah lebih melihat pada amal dan taqwa kamu
Sayangnya aku Pada sahabatku itu Aku mahu menolong dia Aku mahu mengkhabarkan pada dia Bahawa ada benda best yang aku nak kongsi Suatu perdagangan yang kamu takkan rugi (surah as-saff:10)
Aku mahu khabarkan Bahawa kelebihan yang Allah beri itu Adalah bukan untuk kepentingan diri sahaja Tetapi alangkah indahnya Kalau digunakan untuk kebaikan orang lain Digunakan untuk ummah, untuk Islam
Sedarlah wahai sahabatku Janganlah sempitkan pemikiranmu Kita ada tugas besar yang kita kena buat Allah tak menjadikan kita main-main (surah al-mu'minun: 115) Allah tak menjadikan kita sia-sia Ada amanah besar yang sepatutnya kita laksanakan
Baru-baru ini benar2 menguji kesabaranku apabila berurusan dengan mesin. Sekejap elok, sekejap lagi rosak. Menyebabkan kerja lambat siap dan ½ jam lambat balik je pun.. Tapi, bukannya apa, sebab kalau boleh taknak bawa balik kerja di pejabat ke rumah, kerana banyak lagi kerja hakiki tengah menunggu di luar sana. Semasa mesin rosak, banyak kali usaha untuk membetulkan sendiri mesin itu dilakukan.Lagaknya seperti tahu, tapi gaya tikus membaiki labu pun ada. Akhirnya mesin boleh digunakan semula, tetapi beberapa minit kemudian rosak semula berulang kali. Rasa bosan pun menerpa lalu diketuk-ketuk mesin tersebut dengan harapan agar berfungsi semula (jgn tiru cara ni). Tak selesai juga masalahnya.
Ketika itu, aku cuba kaitkan dengan D & T. Kadang-kadang kita terfikir, kenapalah orang kita dakwahkan tak berubah2? Dah puas dinasihati, ditegur, bahkan sehingga sampai tahap kita nak memarahi dia, tapi masih lagi tak berubah2. Dahulunya, aku selalu menasihati, tegur malah memarahi adikku yang seorang ini kerana selalu bermain games sepanjang hari. Sudah puas dinasihat, dimarahi tapi tak juga berubah-ubah.
Pada suatu hari, ketika diri ini membebel + memarahi dia, tiba – tiba dia menuturkan ayat yang menyebabkan aku terpana seketika, “ Rasulullah berdakwah pun, takdelah marah-marah macam ni kaklong.” Pada saat itu, jantungku seakan berhenti, kaki seakan-akan berpijak semula di alam nyata dan tidak semena-mena aku berasa malu yang amat. Pada ketika itu, adikku itu belum mengenali tarbiyah lagi, tapi mampu menuturkan ayat sebegitu rupa. Malam itu, aku muhasabah pada diriku, dan aku dapati, aku kurang berkomunikasi dengan mereka dari hati ke hati, bahkan setiap kali nak cakap saja, mesti rasa nak gaduh. Tapi, alhamdulillah, setelah mendapat pencerahan, hubungan kami semakin baik, bahkan saling meminta dan memberi nasihat antara satu sama lain. Itulah cantiknya tarbiyah.
Manusia berbeza dengan mesin. Mesin boleh diketuk-ketuk, tapi apabila berurusan dengan manusia, kena ada seninya, kena ada caranya. Di sinilah pentingnya dakwah fardhiah. Nak membentuk manusia bukannya mengambil masa sehari dua, mungkin berbulan-bulan, bahkan ada yang bertahun-tahun. Apa yang kita nak serukan, bukan setakat supaya si adik tidak bermain games lagi, tetapi menyeru mengenal Allah, mengesakan Allah dengan sebenar-benarnya, bukan setakat melafazkan sahaja di dalam solat. Yang penting kita buat kerja (dakwah) je dulu, jangan dok asyik nak tengok hasilnya. Apabila kita ghairah nak melihat hasil dan hasilnya tidak seperti yang diimpi, akan menyebabkan kita menjadi penat, bosan dan akhirnya taknak buat lagi.. Nau’zubillahi min zalik. Ingatlah, bahawa Allah tidak melihat pada hasil yang kita dapat, tapi Allah melihat apa usaha yang kita telah buat. Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan semua, insya Allah..
Tiba-tiba diri ini terasa sangatlah malu. Diri ini masih belum bersedia untuk ke tangga itu. Sikapku, pemikiranku masih belum bersedia untuk menghadapi keadaan itu. Nak dibayangkan pun takut. Sesungguhnya, banyak lagi aku perlu baiki, perlu belajar. Kadang kala kita merasakan bahawa cara ini adalah cara terbaik untuk menangani masalah tersebut, tetapi perancangan Allah, hanya Dia yang tahu. Sungguh, selagi kita tak dapat melepasi ujian tersebut, selagi itulah kita akan mengalami masalah yang sama sehinggalah kita dapat melepasi ujian tersebut. Ya, ini adalah tarbiyah dariNya. Dahulunya, aku benar-benar termotivasi dengan satu kata-kata, antara isinya,
Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah. Tetapi, epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak pokok. Susah dipetik, susah digapai. Kadang-kadang epal itu risau, "Kenapalah diriku belum dipetik?" Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah bumi. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja bisa memperolehinya. Mungkin bukan di dunia, tapi di akhirat. Tak semestinya dipetik di taman dunia bukan? Tapi lebih bermakna apabila Allah sendiri yang mengarahkan hamba yang disayangiNya utk memetik di taman akhirat kelak.
Kemudian, dengan bersemangatnya, kuceritakan pada yang lain agar mereka dapat merasai apa yang aku rasa. Dan banyak kali aku teruji atas apa yang aku katakan, dan ini juga tarbiyah dari Allah jua yang menuntut agar kita melakukan apa yang yang kita perkatakan. So, back to the basic, muhasabah balik, bagaimana hubungan cinta kita dengan Allah?Dialah yang tanpa jemu mendengar segala rintihan kita, rayuan kita, doa kita.. tapi, kita seringkali lupa padaNya apabila berada dalam keadaan senang, dan hanya mencari Dia ketika waktu susah sahaja.. Itulah dia sifat tak kenang budi seorang manusia, sifat tidak bersyukurnya seorang manusia.. Allahlah tempat mengadu kita sama ada pada waktu senang ataupun susah. Jadikanlah Allah sebagai prioriti kita, tujuan (ghoyah) kita, mengatasi segala-galanya.
Islam itu bukan sekadar amalan ritual semata-mata.. Islam itu adalah ad-deen, carahidup. Apabila kita meletakkan islam itu sebagai cara hidup, terasa wah.. luasnya islam ni.. bukan setakat solat, puasa, zakat, haji je.. ia merangkumi segala-galanya dalam kehidupan kita. Dari segi pergaulan kita, hobi kita, cita-cita kita, pemikiran kita, dan lain-lain sehinggalah kepada perasaan kita, semuanya kenalah lihat dari kaca mata (spek mata) islam.. wah, begitu halusnya islam ni.. itu yang aku rasa apabila mengetahui yang kita kena alirkan islam dalam segala-galanya dalamkehidupan kita. Apabila kita dah memisahkan islam hanya untuk waktu-waktu tertentu, tempat-tempat tertentu, sebenarnya kita telah pun sekular dalam hidup kita. Maka, marilah kita buang segala macam jahiliyyah dalam diri, dari segi perbuatan jahiliyyah kita, pemikiran jahiliyyah kita, cita-cita jahiliyah kita, hobi jahiliyyah kita, perangai jahiliyyah kita, yang tidak berlandaskan islam.. sebab nur hanya menempati hati-hati yang bersih. Jangan cepat berputus asa jika sukar untuk membuangnya. Teruskan berusaha.. Teruskan bermujahadah.. Ingatlah bahawa insya Allah, Allah akan menganjarkan pahala setiap pengorbanan yang kita telah lakukan untuk mendapat keredhaanNya, kasih sayangNya.. Kasih sayang yang mana lagi yang lebih agung dari kasih sayang Illahi.. Seperti mana dalam firmanNya yang dalam surah An-Nisa: 145-146 yang bermaksud
4:145Sungguh, orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka
4:146kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki diri dan berpegang teguh pada Allah dan dengan tulus ikhlas (menjalankan) agama mereka kerana Allah. Maka mereka itu bersama-sama orang-orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan pahala yang besar kepada orang-orang yang beriman.
Baru-baru ni aku mendapat satu kesedaran yang baru. Mari sama-sama kita muhasabah diri.. Selama ni kita mengajak manusia, kita menyeru manusia, kita buat usrah adakah disebabkan rasa tanggungjawab ataupun disebabkan rasa sayangnya kita kepada mereka? Tidak dinafikan kebanyakkannya, aku buat atas rasa tanggungjawab.. kita menasihati orang atas rasa tanggungjawab, kita mengajak dia atas rasa tanggungjawab, kurang sekali kita buat disebabkan rasa kasih dan sayangnya kita kepada dia.. sedangkan sesama umat islam kan kasih sayang itu penting? besar bezanya jika kita buat atas rasa tanggungjawab dengan kita buat atas rasa kasih sayang..
Tanggungjawab = kita buat sebab untuk make sure diri kita terlepas dari tanggungjawab selepas kita dah buat (utk manfaat diri) Kasih sayang = kita buat adalah untuk kebaikan diri dia (untuk manfaat dia)
See, kan berbeza kedua2 elemen tu.. Banyak lagi yang aku perlu perbaiki.. Memang benarlah tarbiyah itu banyak mengajar kita dalam erti hidup memberi dan diberi..
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, sedang belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar."
Ali Imran:142
“Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan amal soleh. Serta saling menasihati utk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.”
150: Rabiul Akhir 1446H
-
Menghitung hari ke usia 40 tahun. Kalau sedar, kita buatlah catatan di
sini.Nak kacau orang, tapi ni cuti Deepavali. Ah, delima sungguh!Saya nak
kena reset...
Review: Filem Malbatt Misi Bakara
-
REVIEW - MALBATT : MISI BAKARA
Sedikit lewat Emak keluarkan , kerana Emak busy kerja. Setelah 2 minggu tak
cuti satu hari pun, akhirnya kelmarin sampai h...
Antara dua pilihan
-
Jika kita diberi pilihan untuk bekerja dalam dua bidang yang kita sukai,
alangkah indahnya dunia ini. Jika kita diberi kuasa untuk menentukan dengan
siapa ...
ODOT (One Day One Tadabbur) 6
-
Terasa dekat surah ini bila merenungi ayat 34 Surah Kahfi, sambungan kisah
pemilik kebun. Apabila Allah menceritakan mengenai ‘thamar’.
Bagi mereka yang me...
as the due date approaching ..
-
as my baby’s due date approaching, some do asked me how is everything? how
do I feel?
I’m not sure exactly how I really feel ..
at one point,
I’m pretty...
apa yang mengganggu fikiran saya - Part2
-
My dad went to this programme and took back its books, and give it to me.
wanting me to read i guess. Secara teknikalnya, banyak kesalahan bahasa dan
typ...
..HARAPAN..
-
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
Harapan.. Masih wujudkah kamu.
Masih wujudkah kamu dalam diari dunia?..
Tolong bacakan padaku perihal harapa...
:+: BErTApAK DciNi :+:
-
Rasanya sudah berlalu 7 tahun setelah mengalami perubahan yang positif pada
diri. Sudah 7 tahun jua telah menyulam mimpi yang berbeza. 7 tahun juga
menghad...
HIKARI: Amin Mukhlis Bin Ahmad Na’im, anakku
-
Only now,.. i finally can face it without denials.
******************************************** amin mukhlis anakku,…. just
when i was eagerly waiting for ...
thabat itu adalah...
-
Rasa dah lama benar tak menulis....
Bersawang rumah yang pernah menjadi sumber luahan rasa hati ini suatu
ketika dulu...
Benarlah apa yang dimomokkan s...
Bila Kali Terakhir?
-
Kisah Nabi Adam yang menghuni syurga benar – benar menarik perhatian T.
Bermacam – macam soalan ditanya tentang syurga. Tiba – tiba dia berkata,
“Ummi, aba...
Pilihan
-
Alhamdulillah. Malam ni rasa macam nak bagi tabik spring kepada encik suami
kerana berjaya membuat pilihan yang terbaik. Daripada petang tadi dia
berkira-k...
What will come of it?
-
My comrades.. my sisters..
I fear that you have forgotten me,
Do you still miss me?
Are you still praying for me?
Or have I lost that privilege
Of having a...
Kenapa aku diciptakan?
-
every day we have our daily routine...
we wake up early in the morning..
always thinking on what to do today at our class or office..
we brush our teeth ...
Real Stories from Egypt
-
*Maidan At-Tahrir, perkarangan terpenting di ibukota Kaherah. Kelihatan
Masjid Ibadur Rahman. Di sebelah kirinya bangunan melengkung, ikon (mercu
tanda) me...
Lidah
-
*”Hati itu seperti periuk dengan isi yang mendidih. Sedangkan lidah itu
gayungnya. Maka perhatikanlah ketika seseorang itu berbicara. Kerana
sesungguhnya...
continued...
-
Salam seharum kasturi..
Tidak mahu menghampakan harapan teman tersayang, post daripada blog sy yang
terbaru di 'paste' di blog ini. Bacalah kalian dengan ha...
Kesekian kalinya..
-
Assalamualaikumwarahmatullah! :D
Semoga semuanya dalam kebest'an' nikmat hidayah and iman :)
feeling kinda hyper right now..........tapi at the same time mi...
moving..changing..for the better
-
Assalamualaikum warahmatullah wabrakatuh..
This is a quick one.just to let ya know that I'm moving to hadithuna
now.hehe..baru buat the new account.a frien...