Ukhuwwah fillah itu indah


Hadis pertama:

"Kamu tidak akan masuk syurga hingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman hingga kamu saling mencintai (kerana Allah). Apakah kamu mau aku tunjukkan pada satu perkara jika kamu kerjakan perkara itu maka kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu. " (Riwayat Muslim)

Cuba kita reflect balik diri kita, dalam sehari, berapa kali kita beri salam pada saudara seislam kita yang kita jumpa? boleh dibilang dengan jari.. semasa sekolah, sudah menjadi kebiasaan seorang anak murid memberi salam kepada gurunya, di universiti pula, pelajar memberi salam kepada pensyarahnya.. tetapi, adakah salam itu hanya pada orang2 tertentu sahaja? dikriminasilah macam tu.. sehinggakan apabila terjumpa orang yang memberi salam, terasa janggal pula.. malahan kadang kala salam itu dipermainkan pula, "hai ustazah, assalamualaikum.. tak jawab salam, berdosa.." lepas tu ketawa terkikih2 pula si jejaka miang tu..

Hadis kedua:

"Kamu tidak akan dapat membahagiakan orang lain dengan hartamu, tetapi yang dapat membahagiakan mereka adalah wajah yang ceria dan akhlak yang mulia"

Hati kita adalah satu.. kita semua umpama sebuah kereta, kalau satu tayar takde, maka tak jadilah kereta, dan tak dapat nak menjalankan fungsinya.. ukhuwwah fillah itu memang indah..

5 comments:

"Di antara para hamba Allah terdapat sekumpulan manusia yang tidak tergolong sebagai para nabi-nabi dan syuhada', tetapi mereka dicemburui oleh para nabi-nabi dan syuhada' kerana kedudukan mereka yang tinggi di sisi Allah pada hari Qiamat"

Lalu (sahabat-sahabat) bertanya: "Ya Rasulullah, ceritakanlah kepada kami, siapakah mereka?"

Jawab baginda: "Mereka ialah orang-orang yang berkasih sayang di antara mereka kerana agama Allah walaupun mereka tidak mempunyai hubungan rahim dan tidak mempunyai harta kekayaan yang membolehkan mereka saling memberi di antara satu sama lain. Demi Allah, wajah-wajah mereka sentiasa berseri-seri dan mereka sentiasa berada dalam nur hidayah Allah. Mereka tidak berasa takut ketika orang ramai mengalami ketakutan dan mereka tidak bersedih ketika orang ramai dilanda kesedihan."

(Hadith riwayat Abu Daud)

 

Lek2 dulu.... Kita minum dulu okay?

 

Udah2 le tu abang ngah.. nak minum susu kambing ke? minumlah Hi-Goat.. hehe..

 

Sejak bila buat bisnes Hi-Goat ni? Apa2 pun saya wish sukses untuk awak ya..

http://ilham-kembara.blogspot.com

 

Eh.. abang ngah.. sejak bila ada blog baru ni? rasanya hari tu bukan dah buang ke?

 

Followers