Mesin vs Manusia

Baru-baru ini benar2 menguji kesabaranku apabila berurusan dengan mesin. Sekejap elok, sekejap lagi rosak. Menyebabkan kerja lambat siap dan ½ jam lambat balik je pun.. Tapi, bukannya apa, sebab kalau boleh taknak bawa balik kerja di pejabat ke rumah, kerana banyak lagi kerja hakiki tengah menunggu di luar sana. Semasa mesin rosak, banyak kali usaha untuk membetulkan sendiri mesin itu dilakukan. Lagaknya seperti tahu, tapi gaya tikus membaiki labu pun ada. Akhirnya mesin boleh digunakan semula, tetapi beberapa minit kemudian rosak semula berulang kali. Rasa bosan pun menerpa lalu diketuk-ketuk mesin tersebut dengan harapan agar berfungsi semula (jgn tiru cara ni). Tak selesai juga masalahnya.

Ketika itu, aku cuba kaitkan dengan D & T. Kadang-kadang kita terfikir, kenapalah orang kita dakwahkan tak berubah2? Dah puas dinasihati, ditegur, bahkan sehingga sampai tahap kita nak memarahi dia, tapi masih lagi tak berubah2. Dahulunya, aku selalu menasihati, tegur malah memarahi adikku yang seorang ini kerana selalu bermain games sepanjang hari. Sudah puas dinasihat, dimarahi tapi tak juga berubah-ubah.

Pada suatu hari, ketika diri ini membebel + memarahi dia, tiba – tiba dia menuturkan ayat yang menyebabkan aku terpana seketika, “ Rasulullah berdakwah pun, takdelah marah-marah macam ni kaklong.” Pada saat itu, jantungku seakan berhenti, kaki seakan-akan berpijak semula di alam nyata dan tidak semena-mena aku berasa malu yang amat. Pada ketika itu, adikku itu belum mengenali tarbiyah lagi, tapi mampu menuturkan ayat sebegitu rupa. Malam itu, aku muhasabah pada diriku, dan aku dapati, aku kurang berkomunikasi dengan mereka dari hati ke hati, bahkan setiap kali nak cakap saja, mesti rasa nak gaduh. Tapi, alhamdulillah, setelah mendapat pencerahan, hubungan kami semakin baik, bahkan saling meminta dan memberi nasihat antara satu sama lain. Itulah cantiknya tarbiyah.

Manusia berbeza dengan mesin. Mesin boleh diketuk-ketuk, tapi apabila berurusan dengan manusia, kena ada seninya, kena ada caranya. Di sinilah pentingnya dakwah fardhiah. Nak membentuk manusia bukannya mengambil masa sehari dua, mungkin berbulan-bulan, bahkan ada yang bertahun-tahun. Apa yang kita nak serukan, bukan setakat supaya si adik tidak bermain games lagi, tetapi menyeru mengenal Allah, mengesakan Allah dengan sebenar-benarnya, bukan setakat melafazkan sahaja di dalam solat. Yang penting kita buat kerja (dakwah) je dulu, jangan dok asyik nak tengok hasilnya. Apabila kita ghairah nak melihat hasil dan hasilnya tidak seperti yang diimpi, akan menyebabkan kita menjadi penat, bosan dan akhirnya taknak buat lagi.. Nau’zubillahi min zalik. Ingatlah, bahawa Allah tidak melihat pada hasil yang kita dapat, tapi Allah melihat apa usaha yang kita telah buat. Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan semua, insya Allah..

~Tummuhat tarbiyah~


7 comments:

salam.. betul tu kak..manusia x sama mcm mesin. manusia ada perasaan.

hmm..

akak.. maaf andai wat salah ea.

^.^

Jom contohi rasulullah..

 

Salam kak sal...
Ni shieren nih. akaak.. rindu akak..(rindu masak2 ngan akak)he. lagi2 rindu al-fateh.. huhuu.. BTW, suka blog akak. chomel! Doakan saya di sini ye. =)
~tetiba rindu akak suma~ T.T

 
This comment has been removed by the author.
 

To siti: wslm siti.. akak pun nak minta maaf juga kalau akak buat silap =) Take care ok..Be a strong girl, my dear..

To shieren: Wslm Shieren.. Ha.. Lama tak jumpa hang.. Apa khabar kat sana? Rindunya.. Moga sentiasa berada dlm kemanisan iman dan amal.. Insya Allah thn dpn adik2 jundi INTI mai sana.. Rindu masak2 dgn akak? Nanti balik sini bolehlah kita sama2 masak2 lagi.. Huhu.. Shieren takde blog ke?

 

Entah mengapa, tetapi lepas baca post ni, terbayang Hazim tengah bermain game

Semoga antuma tsabat di jalan ini

 

Salam. Silalah melawat ke blog saya: http://anything-n-anywhere.blogspot.com/

 

Insya allah, tak nak tertinggal dari menjadi mata2 rantai perjuangan Rasulullah.

To Enigma: Salam abang ngah.. bagus, dah start buat blog. Harapnya, blog yang kita buat tu dapat memberi kebaikan kepada orang lain, besides that, kita boleh dapat pahala sekali kan? =) Lagi satu, jangan terkejut ye kalau kita dah drive sampai UNITEN nanti..hehe..

 

Followers