Wahai sahabat


Astaghfirullah, alhamdulillah, allahu akbar..
Bersyukurku padaMu ya Allah
Kau telah tunjukkanku jalan pencerahan ini..
Jalan yang membebaskan aku daripada sifat dengki,
Yang membebaskan aku daripada rasa gelisah tak tentu arah
Yang membebaskan aku dari rasa tamak dan kecewa yang berlebihan

Kerana aku dahulunya
Adalah seorang nak sahaja menang dalam apa yang aku impikan
Adalah seorang yang jarang bertolak ansur dengan orang lain
Adalah seorang yang suka memencilkan diri daripada khayalak ramai (privacylah konon)
Adalah seorang yang selalu gelisah melampau2
Apabila tiada kekasih di sisi
Apabila keputusan dalam kehidupan tak seperti yang diimpi
Apabila kerja yang besar belum lagi dicapai
Apabila duit yang banyak belum lagi diperoleh
Akan menyebabkan aku banyak berfikir
Sampai kepala pun pening dan sakit
Yang akhirnya menyebabkan aku migrain

Sedihnya aku
Apabila berjumpa dengan sahabat lama
Yang pemikirannya
Seolah2nya, kerja yang best itu adalah matlamat hidupnya
Katanya, kalau boleh nak kerja yang dapat banyak duit
So, bolehlah rileks2 bila dah tua nanti

Malunya aku
Aku seolah2 melihat diriku yang dulu
Itulah pemikiranku yang dahulu
Mahukan kerja yang gah, hebat
Untuk kepuasan hidup
Berkiblatkan duit, kerja dan perkahwinan
Tapi selepas itu tak tahu nak buat apa
Tujuan hidup kita sekadar itu sahajakah?

Seorang sahabat yang hebat disebut2
Hebat dalam pelajaran, semestinya
Semua kagum dengannya
Yang selalu menjadi sainganku sejak sekolah lagi
Namun, aku kerap kali ditinggalkan di belakang
Diriku selalu dibandingkan dengan dirinya
Yang menyebabkan aku rasa tak puas hati
Dan terkial2 nak cari kelebihanku yang lain
Agar aku juga dipandang tinggi

Namun, setelah mendapat pencerahan
Aku mendapat tahu
Dahulunya aku leka bermain lumpur jahiliyyah
Betapa jahilnya aku dulu
Kurang sekali aku bersyukur padaMu
Aku sering kali lupa
Bahawa betapa adilnya Allah
Allah tidak melihat pada kepandaian
Allah tidak melihat pada kecantikan
Allah tidak melihat pada kekayaan
Allah tidak melihat pada jawatan2 yang best
Tapi, Allah lebih melihat pada amal dan taqwa kamu

Sayangnya aku
Pada sahabatku itu
Aku mahu menolong dia
Aku mahu mengkhabarkan pada dia
Bahawa ada benda best yang aku nak kongsi
Suatu perdagangan yang kamu takkan rugi (surah as-saff:10)

Aku mahu khabarkan
Bahawa kelebihan yang Allah beri itu
Adalah bukan untuk kepentingan diri sahaja
Tetapi alangkah indahnya
Kalau digunakan untuk kebaikan orang lain
Digunakan untuk ummah, untuk Islam

Sedarlah wahai sahabatku
Janganlah sempitkan pemikiranmu
Kita ada tugas besar yang kita kena buat
Allah tak menjadikan kita main-main (surah al-mu'minun: 115)
Allah tak menjadikan kita sia-sia
Ada amanah besar yang sepatutnya kita laksanakan

7 comments:

terasa insaf
thanx kak sal for sharing

 

hmm.. masih ramai lagi manusia yang perlu disentuh.. kerja melebihi masa yang ada..

 

salam sal
jazakillah utk entry ni..bahasa yang simple tapi indah

 

Rindunya kat sal..dah lama tunggu sal update blog..rupanya saya yang terlepas beberapa entri.hehe.

teruskan dakwah mu...semoga Allah memelihara kita semua

 

to diha: wslm diha.. baru je nak jinak2 guna puisi..hehe.. banyak lagi kena belajar

to sarah: rimdu dgn sarah gak! selamat berjuang di medan

to hikmah kembara: tafaddal.. salam perkenalan..

 

iklan..

Dapatkan buku-buku islamik keluaran Telaga Biru secara online. Klik sini http://www.stormreaders.net/telagahijau

 

Followers