Hati




"Akak, hati kita yang menguasai semua tingkah laku kita kan?"ada seorang adik bertanya kepadaku.. "Mmm.. betul2.." Jawabku. " Kalau hati kita ni bersih, maka tingkah laku kita ni akan terarah kepada yang baik, begitu juga kalau hati kita ni kotor, maka kita akan terarah untuk buat perkara yang tak baik kan?" sambung adik itu lagi untuk mendapatkan kepastian.

Memang benar seperti mana yang adik itu fahami.. Apa yang difahami oleh hati pasti mempengaruhi kehidupan seseorang tetapi kefahaman daripada akal belum tentu akan mengubah kehidupan seseorang..

Kalau diingat kembali, kita semua mengambil subjek agama islam sejak dari sekolah rendah lagi, tapi sejauh mana kefahaman agama tu masuk ke dalam hati kita? Sebab selama ini, kita belajar subjek agama islam hanyalah semata-mata untuk lulus menjawab soalan peperiksaan . Selepas exam, kebanyakkan ilmu tu hilang dari memori kita.. Sebab apa? Sebab selama ini, apa yang kita belajar dalam agama islam hanyalah masuk ke dalam akal sahaja.. Kalau tidak percaya, cubalah test diri, boleh tak ceritakan semula pada kawan mengenai sirah nabawiyyah kita, Nabi Muhammad SAW dari mula kerasulan sehinggalah wafatnya Nabi. Itupun kalau dapat diingat tentang mulanya Rasulullah dpt wahyu di gua hira', perang badar, perang uhud. Yang lain2 tidak dapat diceritakan.. Malulah kita sebagai umat Nabi Muhammad, tetapi tidak mengetahui ataupun memahami sirah dengan hati..

Disini, ingin dikongsikan bersama satu ayat Al-Quran, dari surah Al-Hujurat:13 yang bermaksud:
"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti".

Jadi, dalam ayat tadi, Allah menyatakan bahawa Dia tidak melihat rupa paras seseorang, tetapi apa yang Allah lihat adalah keimanan dan ketaqwaan hambanya..


1 comments:

moga istikhamah menulis:) salam ukhwah:)

 

Followers