Lirik penuh bermakna bagi orang yang berdakwah - Kembara Ilmu



kembara ilmu selaut cahaya
milik Tuhan tiada bertepi
diselam tak jejak ke dasar
ditimba tak luak setitis


kembara misi lembah nurani
menakung titisan ilmu suluhan budi
resapan dari akal yang murni
untuk diuntai mutiara sufi
menjadi azimat menuju firdausi


lembah nurani fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun


noda di hati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukar
sesatlah di dalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam kegagalan


2 comments:

Jauharah Mukhtariah, pa makna ya? cuba diteka, rasanya Jauh + arah +mukhta +riah...
jauh ke arah penamat yg meriah ker?
ayoo, fail arabic seh!

 

salam. tertarik utk menjawab .


jawharah mukhtariah = permata yang terpilih .




(-*,)

 

Followers