Selamat tinggal jahiliyyah..




Hari ni terbaca satu hadis yang berbunyi begini :
“Sesiapa yang mati tetapi tak pernah berjihad dan tak pernah berniat untuk berjihad, dia mati dengan kematian jahiliyyah” – Hadith Sahih

Tersirap darahku lepas baca hadis tu.. Kalau ditakdirkan Allah aku dimatikan pada waktu itu dan pada waktu itu aku tiada niat lagi untuk berjihad, maka aku termasuk golongan yang rugi.. na'zubillahi min zalik.. Kalau boleh, perkataan jahiliyyah itu dibuang jauh dari hidupku.. cukuplah ia menghantui hidupku dahulu.. Cukuplah dahulu diriku selalu berbuat perkara yang lagha (yang sia-sia dan tidak berfaedah).. cukuplah dahulu diriku banyak menitiskan air mata kerana benda2 yang tidak sepatutnya.. kalaulah anggota badanku ini mampu berkata-kata, mesti mereka mengutukku kerana dahulunya aku tidak menggunakan anggotaku ke arah yang sepatutnya.. Maka, aku rasa bersyukur kerana Allah masih lagi memberi peluang untukku bernafas di bumi Allah ini, maka aku sepatutnya gunakannya dgn sebaik2nya untuk agamaNya..

Maka, disini kumahu kongsikan bersama satu firman Allah Taala dari surah Al-A'raf: 179
"Dan sungguh, akan Kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka miliki hati, tetapi tidak dipergunakannya utk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka miliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda2 kekuasaan Allah), dan mereka punyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah."

Fikir punya fikir, sebelum ni, aku kurang sekali gunakan hati untuk memahamkan ayat2 al-quran.. dahulunya hati ni banyak digunakan untuk memahami cerita2 drama di tv, sehinggakan kadangkala boleh mengalirkan air mata!! betapa jahilnya aku ketika itu.. semua itu hanyalah lakonan semata2, org yg berlakon tu dapat duit, tapi kita yang menonton ni tak dapat apa2 kecuali dosa.. Itulah yang ayahku selalu cakap padaku dahulu.. Tapi, aku tidak pernah ambik pusing dahulu.. Ayah, kaklong dah sedar sekarang.. Kaklong tidak mahu tergolong dalam golongan yang Allah Taala ckpkan seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi.. Ya, aku mesti keluar dari kepompong jahiliyyah..

Ya Allah, Kau tetapkanlah hatiku ini agar terus tsabat mencari redhaMu..


0 comments:

Followers